Thursday, August 10, 2017

Tunku Tun Aminah's wedding - Preparation



10/8/2017

So last time i pernah bikin entry pasal majlis kemahkotaan sultan johor, ade jugak selit wedding TMJ. so this time aug17 wedding tta.  So far i banyak dpt info preparation sbb ypj dapat job utk cooking n serving sultan.  So sedikit sebanyak i tau ape terjadi while the preparation.

Knape tarikh 17/8 dipilih?  Ye la semua tertanya² nape buat ari isnin?  Sbnrnye tarikh tu tuanku sultan yg pilih sempena hari lahir YM Raja Zarith Sofea,  permaisuri johor. Which mean HH nak raikan 2 wanita penting dalam hidup dia.  Katanye.

Utk serving, around 40 students n 38 comando yg terlibat.  Dorang punye serving so style sebab ade kiraan,  steps dan sangat bergaya every movement tu. Ade formation utk meja bulat (tp yg askar punye part la). Pemilihan pramusaji jugak sangat teliti.  Nak yg sama tinggi,  badan lebih kurang, ade rupa yang menarik,  ukuran dada n pinggang etc. So naseb baik budak² ni ramai so senang nk pilih. Tu pun rambang mata syah menjalankan tugas.  Ngeras je all the time.  Hehehhe

Asal 7 serving from appetizer to coffee tea tp lepas 2nd food tester,  menu added jd 13. Antara menu yg add ialah dalca,  peranggu meja, ade garam lada,  penchok n acar buah. So sorg waiter akan serve 2 kerusi,  keluar masuk tangan berisi.  Cth masa masuk nk clear appetizer plate,  tangan dh siap² bw dalca.

Pembahagian tugas jugak teratur, ade budak dalca,  ade budak peranggu meja,  ade budak bubur pulot hitam ade budak santan.  So budak santan clear main course's plate, budak dessert masuk serve bubur pulot hitam, budak santan masuk balik bw santan n tuang kt bubur. Step kene sama n tertib tanpa bunyi.  Very the!

Food prepatration kali ni menunye traditional johor food x mcm kemahkotaan tuari mkn western. Kali ni Nasi beriani siap penchok n garam lada.  Dessert bubur som som n bubur pulot hitam. Cuma last ade choc praline. Berterik la kak eyta n the geng g mencari mould bentuk crown sbb 1st food testing tuanku nengok praline bentuk bulan sabit,  berkenan n nak add bentuk mahkota johor.  Seb bek crown johor bentuk international.

Dr segi preparation deco,  lampu kt luar istana kemain banyak dia tambah kt pokok² sekita istana n bandar jb.  Gerbang istana dh lining dgn LED. Pokok² kt kebun bunga mostly dipancarkan dgn lampu kaler pink such as bunga manggar pun pink.  TTA suka pink n tema garden kali ni.

Deco bunga hidup tender by singapore's florist company. Kak siti x dpt kali ni walau 3x hantar tender. Nk tgk jugak sentuhan dorang.  Masa brunei tuari florist from thai or philipine (x pasti),  byk daun je.  Susun bunga pun so so. Ni yg singapore x tau cane rupa. Nnt next entry kite tgk ye. So i payung pic² dulu.
Songkok waiter.  Logo tu sadur emas 24k.  Nnt ade reben emas 24k jugak. 

Laluan masuk.  Kamera i


Mak raje depan pintu gerbang istana yang dh dipasang LED













khemah utama

Sekitar majlis tahlil & doa selamat 10aug17

Sekitar majlis tahlil & doa selamat 10aug17

Sekitar majlis tahlil & doa selamat 10aug17
Tu en. Dennis yg kanan sekali tu

Sekitar majlis tahlil & doa selamat 10aug17
Dinner time







Ni ade sedikit write up pasal TTA:






BULETIN Gambar Rasmi Tunku Tun Aminah, Dennis Jadi Perhatian


Gambar yang menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru itu, diambil pada minggu lalu.
Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos, diikuti dengan istiadat nikah. Upacara bersanding pula diadakan jam 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Tunku Tun Aminah dilahirkan pada 8 April 1986, anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Bakal suaminya, atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berhampiran Amsterdam, Belanda.






En. Dennis Muhammad Abdullah, berusia 28 thn kelahiran Belanda...pernah bertugas sbg pengurus imej dan konsep JDT Cafe dan skrg bertugas sbg pengurus pemasaran dan imej Kelab Bolasepak Singapura, Tempines Rovers...memeluk Islam Mei 2015


So niari,  ahad,  13 aug bertempat di istana bukit serene berlangsung majlis khatam quran HH TTA. Dihadiri oleh kerabat terdekat.  Antara yang ade ialah tunku Azizah,  TMPahang n anak dia.  

So ni ade sikit pic yg i share. Nice









No comments:

Post a Comment