salam, sambung lagi cite pasal siam aritu. salah satu tempat yang wajib dilawati kalu ke bangkok ialah istana raja nye. kat situ jugak letaknye kuil buddha yang amat terkenal di serata indochina iaitu ukiran Buddha dari batu zamrud yang besar. adelah saiz budak darjah 6.
istana yang ade kat situ memang dah 4 -5 generasi raja siam. so kita dapat tengok binaan yang datang dari pelbagai era sebab kawasan tersebut akan di baikpulih setiap 100 tahun, ketika meraikan jubli-jubli raja2 thai.
orang siam ni memang sangat terkenal dengan seni ukiran. sume benda nak diukir, dari batu, kayu, sabun buah sume lah. kalu perut ni leh ukir, perut lah yang berukir. huhu gurau je. so hasil dari pemerhatian i, sangatlah halus setiap seni bina dari lantai sampai la ke puncak kecubung (wat siam yang punjut2 tu). sangat mengagumkan sebab ukiran dan lukisannye sangat halus, teliti dan berseni. bayangkan masa kita blajo pendidikan seni darjah 2,ade buat KOLAJ. emosi terganggu sangat nak siapkan. padahal satu kertas lukisan je, adelah saiz 2x1 kaki je. so bayangkan nak buat kolaj tu sebesar bangunan bertingkat2. seluas ber ekar2 kawasan istana tu...huyo. kalu dah samapai pemegang pintu, bucu tangga, rasuk, selak, tiang, genting bumbung pun bercorak seni siam. memang terbaik. kat bawah ni i ade sertakan ketaksuban i terhadap ukiran2 sekitar kuil & istana. actually, kalu g dalam dewan2 balairungseri, lagi la mcm2 ukira & lukisan cuma x leh amek pic je. so x leh nak share. kalu nak tgk, g la sindri. x rugi bayar B$500 a.k.a rm50 untuk masuk lebih kurang 7-8 tempat.
sedikit cerita pasal special buddha zamrud a.k.a emerald buddha ni, macam best gak lejen dia. cerita ni info dari buku kecik mengenai palace tu yang dibeli di kuil tu dengan harga B$20 a.k.a rm2 je, ketika melawat. berasal dari utara thailand, daerah purba Lannathai, sekarang ni dekat2 chiangmai. pada suatu hari yang indah, ketika cuaca mendung, kilat sabung-menyabung. tetiba, nak dijadikan cerita, kilat telah menyambar sebuah wat di Chiang Rai, terkena sebuah patung buddha dari ukiran batu gunung. tu je.
selepas kejadian kilat tu, nak dijadikan cerita lagi, sami penjaga kuil tu sedang membersihkan patung2 kat situ tetiba mendapati hidung patung tu retak menanti belah, dia pun gapil g kopek. luruhlah sebahagian muka patung tu lalu terserlahlah bahagian dalam patung tu rupanya batu nilam. so dorang pun kopek seluruh patung tu maka dapatlah patung buddha dari batu zamrud. ade 2 hypothesis kat sini, satu kilat tadi menukarkan batu kepada zamrud ( magik kan ala2 menukarkan susu kepada keju) satu lagi kilat tadi memecahkan batu tu sebab malaikat tembak setan bertenggek kat patung tu. Wallahu'alam.
patung tu pernah nak dipindahkan keluar dari kuil asal tapi dalam 3 kali percubaan, gagal sebab gajah yang nak membawa patung tu buat fiil, larilah, x nak jalan lah etc. mcm2 percubaan akhirnye pada tahun 1434 berjaya ditempatkan di kuil lain di bandar chiang mai. pstu g Laos, pastu g Vientiane, then ke Burma pastu ke bangkok di tempatkan di kuil Thonburi, seberang sungai berdepan dengan grand palace yang sekarang ni. then pada tahun 1784, King Rama I telah memindahkan nye ke wat Phra Kaew a.k.a the grand palace sampai la ni.
patung asal hanya batu zamrud yang diukir bentuk buddha biasa je. tapi raja siam dah bikinkan baju emas termasuklah kecubung untuk memaparka ciri2 ke-siam-an buddha tersebut. ade 3 jenis outfit yang hanya akan disalinkan oleh raja yang memerintah je iaitu baju musim panas, baju musim hujan dan baju musim sejuk
(kalu sape yang x tau, thailand beriklim tropika, iaitu hujan 6 bulan, panas terik (kemarau) 6 bulan. x macam malaysia, iklim khatulistiwa, panas & lembab sepanjang tahun. kalu tengok utara malaysia area kedah ke atas pun dah beriklim tropika)
baju musim panas tu very the raja siam punya outfit. ade rantai, gelang lengan, gelang tangan, gelang kaki, gelang lutut serta kecubung (head gear siam yang tajam atas kepala tu). kalu baju musim hujan, just kain ala2 sami buddha pakai. kalu musim sejuk, dia selibung je patung tu. all material ialah emas tulen 91.6% emas. kaya kan demi tuhan dorang.
lagi satu yang menarik, disetiap topekkong (toa pek kong)kat rumah masing2, dorang akan ade patung buddha, king & queen terkini. grand kan sembah raja sampai cenggitu skali. dorang cite, kalu kita kat bando tgh nyoping2, tetibe kete raja lalu (kalu sultan lalu kita brenti tepi kan), sume orang yang ade kat tepi jalan tu akan SUJUD atas jalan tu tanda angkat sembah, ottoke sangat kannn.
so kalu ade masa lagi, nanti i share plak benda lain kat bangkok ni contoh macam ping pong show. uuuuu. nanti ye. adios
|
patung dari emas 18karat, penjaga kuil. |
|
ni muka ulo kepala 7 a.k.a NAG. uol akan jumpe nag ni kat sume tangga2 kt siam ni. menarik |
|
patung separa orang separa burung. |
|
pic i dengan hanuman, sang monyet penjaga negeri |
|
patung garuda versi siam, yang menjunjung tempat emerald buddha tu. sadur emas 18karat |
|
sama macam jata negara indonesia. kalu korang perati, ade nampak garuda ni mengalahkan si NAG tu. hmmm unik |
|
lawo sluo kan, kena pakai suar panajang kalu nak masuk kuil ni. maka pakaian kebangsaan i ialah short & tshirt, so kena sewa la suar tu. sewa B$30, deposit B$150. boleh la... kalu melanconmg ni kan banyak pejam mata je. |
|
ball room terkini, gabungan senibina barat & siam. lawa |
|
dinding bertatahkan kaca bewarna ala KOLAJ yang i cite kt post tadi. mampu buat? |
|
bunga sembahyang dorang. lawo lak tengok. nanti nak apply kt sireh junjung la. |
|
untuk berdoa leh beli mende ni. B$30 a.k.a rm3. ade kuntum teratai, lucky candle, colok & kertas emas 13karat utk tepek kat patung buddha yang disediakan |
|
Blue Demon, yang bersama menjaga negara thai. |
No comments:
Post a Comment