........on line upload pic kt fb & tgk wasap group kt opis. ok je. the tetibe kecoh dah kat malaysia, Ade perkhabaran hiba dari Johor. Omg rasa nak nanges pun ade sebab ade kematian. I kt Korea, ade pulak orang meninggal kt msia. Sedih sebab x dpt jumpe. Orang tu ialah Tunku Jalil, anakanda sultan johor. alfatihah untuk beliau.
airmata seorang ibu
ku deris, ku ina n tuanku
TMJ & Sultan
ok sambung melancong yok.
istana gyeongbukgung
Day 2 dikorea sangat seronok. Dh rasa excited. Wer kul 6am dh bangun. I as usual la, lps subuh tdo blk. So kul 8 siap2 n trun tgk breakfast. Roti bako n jem strawberry. Ok la. Selet roti n makan tgh jalan sambil ke train station.
otw tu nampak ade makcik ramai2 tengah buat kimchi tengah jalan kat belakang kedai makan dorang. atas jalan raye tu je. kalu kt msia macam mamak masak kt lorong belakang tu la. tp sini bersih sket la dr malaysia sebab longkang dorang sume bawah tanah so x de bau sebab sume berkatup.
lorong nak kuar dari hotel kami
sayur kobis panjang untuk buat kimchi. belakang kedai je
ajusi-ajusi ni meriah menyelet empah kimchi kat belakang kedai dorang. hmmm padan la sume tempat bau kimchi
video k-pop guesthouse
mulut berasap uol. suhu 1*C
Orang ramai je memandangkan hari minggu. So bergasak-gasak dlm train. 1st location weol g ke istana gyeongbukgung. Sangat feveret sbb I mmg suka seni, budaya n sejarah. So istana zaman lampau kami lawati. Kt laman depan weol amek2 gambo, leh try baju traditional guard istana. Tp konsep Pat Pat siku lipat. So weol decide nnt blk br g try baju tu.
kat entrance barat istana tu
mangga zaman dulu still digunakan
besi hiasan
tulang bumbung dia guna batang pokok sebatang2 uol. bp banyak la kan guna
anak orang msia i main snap je sbb i nak test x de size. krik krik
tema ungu niari, dgn shawl sarawak by maisie nur
teket jsut print sekeping je walau 700 orang yang ade dalam grup tu
Ape yang menarik psl istana ni ialah ia dibina tanpa paku. Pakai selak je. Setiap inci ade details termasuk lah selalu kunci tingkap, tombol pintu, lantai n rabung. Hiasan n kaler mmg feveret. Ijau n biru. Beza Korea dgn cina ialah, istana cina byk kaler merah, istana Korea byk kaler ijau. Kaler tu dtg dr sejenis mineral yg byk terdapat di gunung2 sekitar Korea. Tu yg ngancam tu.
semua berlukis
video istana
bersepah melayu
balairung seri
Lg satu ade ukiran naga kt syiling balairungseri dia yg merupakan pure gold. Nnt tgk pic ye. So nk je main hall je kena lintas 2 laman. Blkg main hall ialah kediaman raja, blkgnye kediaman queen n so on. Weol explore segenap inci istana tu
ukiran naga di syiling balairungseri dari emas tulen
ukiran naga di syiling balairungseri dari emas tulen
ukiran naga di syiling balairungseri dari emas tulen
ade guardian kat rabung bumbung. patung2 binatang sebagai pelindung bangunan
special pintu dorang, lepas bukak leh taruk ke atas. so jimat ruang
perigi
gigih mengangkat
beria menolak
pose senah
selamah mengutip lumut
mangsa kena paksa utk posing. hik hik
habang2
dinding bilik queen
pintu bawah bilik queen
lobang air. dari zaman lampau dorang dh buat sistem saliran bawah tanah. very the!!!
sarawak
dah macam dato' Vida lak. hik hik. qu putih, qu putih barulah putih
merenung ke luar jendela. kat taman tepi istana
Okhoru Pavilionn, last queen of korea yg mati dibunuh oleh jepun.
http://kamalmustafa.com/myeongseong-maharani-terakhir-korea-yang-mati-dibunuh.html
Okhoru Pavilionn,
nampak x lobang bawah tangga tu, tu la tempat kuar asap kalu dorang nyalakan api bawah rumah utk sistem pemanasan
video taman istana
taman larangan istana
video ucapan konvo untuk anak2 i, DCA June2012 KFCH international college
so jalan punya jalan, lepak tepi tasik kt taman istana tu. buat video, amek gambo dgn 2 amoi pakai hanbok etc. then jalan sikit terus ke pintu timur istana menuju ke muzium budaya korea. so kat lama dia ade berhala hiasan zodiak tahun cina. ok la cute gak la.
kobis yang khas ditanam bagio hiasan musim sejuk. lawa & i crazy with it
patung hiasan taman zodiak tahun lahir
cakra zodiak
tahun lahir i. so tahun babi gitu, ong maaa
3D poster. dia tuko2
mangkuk bertatahkan mother pearl. specialty from korea.
sambutan ulang tahun ke 80. so dessert di susun bercorak. biasa raje2 punya bankuet je ade gini
so abis tawaf sume muzium, g pulak nyopping survinor. sayang sebab x banyak barang yang ade tulis muzium seni korea, just tulis korea je & harga dia masyaAllah mahal. x de mood nak beli pape. just tgk2. krik krik xde maknenye. i beli kipas tradisional korea size kecik dengan harga KRW5000 je (rm20) beso tapak tangan i jew.
handbag traditional yang grand kalernye. KRW45k je (rm180 je bangang2 sebab material silk)
suka yang juntai2 tapi mahal
postcard
feveret i. kotak bertatahkan ibu mutiara
kipas tradisional
bangunan pagoda kuil atas muzium tu.
mentari di korea
original version.
so jalan2 dalam muzium, then masuk balik ke istana sebab weol nak cari tempat buat kimchi kt istana tu. Of course as culinarian, kitchen n banquets hall is a must go place. So mmg budaya Korea ni suke susun dessert tinggi2 n warna warni corak susunannye. mereka sangat berseni sampai nak makan pun harus tertib dan berseni. so here i share sket dari dapur istana & bankuet hall
kuih2 yang disusun meraikan kemeriahan sesebuah majlis
dapur istana
tempat makan harian diraja
video dapur istana
sentap coz tengah2 merakam kat dapur istan, my sony ericcson tetibe restart, hang & haram jadah terus buat fiil. sama la macam masa kt forbidden city, beijing 2012. agaknye sebab sejuk sangat kot. so video ni half je. just kat kitchen je x sempat ke bankuet hall. gambo pun x banyak sbb fon lenovo abis bateri lak. very the
kami
gendang yang ade tarian khas ( tau dari hwang ji ni drama)
so weol terus keluar n ade guard kat depan istana. puas i perati, rupanya patung. padan la hensem, putih n tinggi yang sangat beza dengan manusia. tp yang bestnye, masa i tengok matanya, gerak2 kiri n kanan. sama macam ade patung penyambut tetamu kat narita airpot masa i transit kat jepun utk ke USA tahun 2000.
then siap selfie bagai. ok la. tetibe patung yang tengah, yang tinggi n hensem tu bergerak n bagi arahan. all 4 others sume bergerak n bertukar position. La orang rupanye sebab deme pakai janggut palsu. very the kulit dah macam patung dah padahal ori, hehehe
masa ni i nak selfie. dia ni ketua guard. hensem macam laki changjin cite jewel of the palace. tinggi. tapi bila nak selfie je, die terus lari ke belakang. x leh selfie rupanye. i terus blah. takut kena ketuk lak, hahahaha.
selfie
dorang tuko position
so weol g lunch kat KFC. just beli air je coz nasi beli kat 7E n makan dengan tempe sambal yang kaka aju masakkan. hehehe. kg.com.
kat KFC dorang
lepas makan, weol terus berjalan ke dataran sejong, depan istana tu. semalam dah pegi then niari pegi waktu siang pulak. amek gambo n turun bawah patung king sejing tu ade muzium pasal dia. pic x upload sini, i just share my album link from FB je ye.
bergambo di dataran sejong, bersama patung laksamana Yi Sunshin, laksamanan yang sangat terkenal era king sejong tu, pic dia ade kt duit KRW5000
video dataran sejong
i dan kobis x dapat dipisahkan
oh kobisku
so perjalanan diteruskan ke Cheonggyecheong Stream. sungai semalam yang weol pegi, so niari ade pic siang hari. otw ke sungai tu, ade macam bazar kat situ, jual2 produk tempatan. selesa khemah tu sebab ade heater. warm je. hehehe
selfie dulu as bukti i'm here
ternganga wer menengok. hehehe
macam-macam segala makneka ade jual kt bazar ni. gambo ade kt fb ye. so after cuci mate, weol terus ke sungai Cheonggyecheong. lawa, bening je tempatnye. so nengok la orang baling2 coin dalam mangkuk besi tengah2 sunagi tu. buat wish n baling. i baling? memang x la kot sebab paling kecil koin dia 500 won = rm2. buat rugi je malahan syirik. hehhee. i just amek gambo cindailara je ala2 baling. nnt kata abang x payung lak. gittew.
air terjun permulaan
gigih orang membuang hajat
mangkuk besi ala2 besen berak kt hospital tu.
nice view
dipersisir
ade berry pokok panjat dinding
sonata musim rindu
#KKAJ
so weol g train station utk fetch train ke Namsan untuk ke N tower, menara korea. then masa tgh nengok2 maps train tetibe ade uncle tegur n tunjukkan arah ke namsan tu. rupanya leh catwalk 30min. so weol jalan kaki. jumpe la namdaemun n mall2 yang grand there. so lepas jalan mendatar, naik bukit lak. ayoyo nak bawak badan pun hazab, nikan pulak naik bukit. kerana menara weol gigihkan.
so sampai kaki bukit namsan tu, weol naik lif yg berbentuk macam train bukit bendera. best, hehehe. ade 1 group orang siam naik sekali. mulot bau mulot sangat. sabo je la. hehehe
mercu kaki bukit namsan
dari dalam lif
so sampai atas, weol naik cable car lak. sesak dia susun weol padat2 utk fetch gondola tu. ok je beratur panjang sampai setingkat. x bleh blah. but wait je la.
video naik cable car. guna lenovo sbb tu cam bangang sket vid dia sebok dok fokus ape tah. my SE buat palat.
so sampai je, kena panjat lagi 50 anak tangga untuk ke menara. tepi tu ade tempat orang ketap mangga cinta. amekaw ayat mek. so bejujub-jujub la couple bikin benda tu. ade jual mangga dengan harga KRW20k (rm80), mangga beso 2inci je. haram.
i bikin gak tapi guna pin lampin je sbb byk kat beg i, hehehee. prala.
dah sampai ke kaki menara
kami disini
ketapan mangga cinta
belubor
gigih
i dah sampai puncak tertinggi di bandar Seoul
hutan bawah tu sume dah bersalji. batak
senja nan indah
permandangan dari kaki menara.
so KL kt belah sini
magrib dah, kul 512 ptg
toilet yang best. sambil urinate sambil nikmati view
sinki mewah
beria ngetest
turun dah
pavilion kat kaki menara tu, lawo sangat
fefeeling kecubung menora la kekdahnye
so turun je, weol berjalan ke arah town. myeong dong. bangunan toksah cakap, lawo lampu2 untuk krismas deco sgt mengancam. so ape lagi, membatak la weol
kalu musim lain ade air, musim sejuk dorang taruk lampu
night market
kedai sepatu. paling beso saiz sepatu lelaki ialah saiz 9. hmmmm
murah kalu x kali 4
jajananan
aiskrim yang best. panjang n sangat nyaman makan dalam suhu 0*C. seyes selesa
dinner weol. makan roti n telur. sedap giloz. mungkin sebab lapo kot. harga KRW150 (rm6) jalan makin kedepan harga makin mahal. paling mahal weol jumpe KRW300. hanj
so settle nengok barang weol decide nak balik kul 8pm. catwalk je sebab myeong dong, dongdaemun n namdaemun tu ala2 15 min catwalk je. nyaman la berjalan dalam sejuk. pun berpeluh. ehehehe. singgah 7E beli nasi. so balik bilik, mandi solat bagai. ni nak cite pasal mandi. toilet kt luar bilik share ramai2. towel dorang just bagi face towel je. i pulak jenis x pakai kain pelekat. seb bek wer ade bawak. so jadi kain kemban la sebab leceh nak bawak sume baju kotor bersih bagai dalam toilet yang kecik tu.
orang korea x mandi kt umah. dorang ade public toilet yang bayo KRW2k untuk mandi. so kalu uol google, diorang mandi bogel je ramai2. dorang mandi min seminggu 1x aje. very the, kalu musim2 sejuk kadang2 x mandi sepanjang musim, 3 4 bulan. hmmmmm unik
so kul 11 weol turun makan nasi dengan sambal tempe. ade lak awek2 yg trun makan skali, gitu. lapo sejuk2 ni.
kem uol. rimas guna chopstick dorang sbb jenis leper. sudu pun janggal sbb jarak tangan dengan mulut jauh sbb sudu dorang panjang. hehehee x biasa lagi. baru 2nd day.
so nak tido malam, sapu la minyak panas sebab takut cramp sbb ade mcm ura2 nak kena simpul biawak. takut gak sbb bilik kecik cane nk strech kannnn. so weol tido bukak aircond sebab macam lemas. suhu 18*C je. hehehe baru feel kat overseas. kannnnn
tiada mimpi yang singgah. hanya irama orkestra je yang kedengaran simfoni antara i n wer di katil double decker (of course i atas) itu...... 잘자 (jalja)......