Wednesday, March 4, 2015

Road trip Utara Thai (Chiang Mai - Mae Hong Son - Chiang Rai) day 4

.....depan sikit tu kawasan bukit yang baru dibaikpulih selepas tanah runtuh & i nampak ade susuk seorang perempuan baju putih berkirai2 terus melekat kat cermin depan kete faiz. i terus terjaga. fak sangat kan. motip sangat mimpi cenggitu dalam hutan cengginik.

then kat depan sikit, weol lalu kat kawasan yang sangat sama dengan mimpi i tu. jantung toksah cakap, mcm nak pecah. segala mala bacaan i baca. syukur, x de pape. hehe

so turun gunung, barulah masuk highway AH2, banyak kete rupanye. so noticed that weol dh salah jalan tp x sesat. so sampai je terus check in kat satu hotel named Chiang rai Hotel. lawa sangat. harga pun murah je. rm63.

dekat ujung simpang kat hotel tu, ade menara jam yang sangat cantik. bandar lengang sebab dah pukul 330am. so i cat walk sorang sebab aqil malas nak join. selfie n balik hotel smula. solat n tdo.

menara jam chiang rai

x de kje nyelfie sorang2. seb bek x kena cekik antu bukit tadi. hehe

dah nak pagi tapi still selfie

dari depan hotel i. x jauh

suka senibinanye. so artistry

kat lobby hotel


katil batu mcm kat homestay area melaka

beg baru. hehe ingatkan bandung rasmikan, rupanya chiang rai rasmi dulu. hehe

toilet yg compact n slesa.

Day 4

so hasrat utama faiz telah pun tercapai iaitu selusuri 1000 corner. now our part lak, berjalan tengok keajaiban utara thai. so niari lepas bangun, fefeeling nak g cari breakfast tp hotel tu rupanyan mnyajikan makanan halal untuk breakfast. mula2 weol feeling nak makan roti bako je sbb harga bilik include sarapan. so makan macam haram la gamaknye sebab mcm dah lama x makan proper breakfast. hehe.

intro bersarap. hehe

nice street view.

ni lah rupa hotelnye

ni lah rupa menara jam chiang rai, yang malam tadi beria amek. hehe

so ni our plan nak berjalan niari.

so lepas makan mrayap jap area street kat hotel tu. ok diorang anak branak shopping kasut la bagai. as usual, i tengok je sbb all those ade kat malaysia cuma sini murah je la. hehe belum gaji uol!! so then weol berjalan menuju ke utara chiang rai, iaitu sempadan thai-burma. its take about  1.5 jam ke sempadan. tempat nama mae sai. just a busy town dimana ade tempat cop pasport n org2 burma jual hasil kraf depa. brg yang i nak maybe ade kat sini but atas sebab sume orang sebok nak g tengok leher panjang, so sume x nak turun kt pekan tu, just i sorang je, so x turun la. tgk dr kete je.

along the way to chiang rai, very nice landskap

depan tu ialah imigresen burma

sedih, nengok dari kete jew.

tiang lanting yang lawa

bangunan pasar ni terletak betul2 atas garis sempadan burma-siam. unik
buah nenas yang sangat manis!! jual tepi2 jalan. saiz buah  dengan kulit ialah sebesar penumbuk i je. so after deskin, besar ni je.manis nye mintak ampun!! tapi lepas makan se pek ni, lidasnye kemain lagi


otw ade accident
so sampailah ke border 3 negara

so settle window shopping from car kat town mae sai, weol terus gerak ke golden triangle (GT), iaitu sempadan tiga negara, Thai-Laos-Myanmar. kalu ikut tulisan info kat sini, kat dunia ade 4 je tempat cengginik (1 kat middle east, 2 kat amerika latin). tp rupanya banyak lagi ade kat area europe. lantak la yang penting i dah sampai ke tempat special kat dunia ni. hehe. otw tu weol jumpe tempat ape tah, tapi lawa sebab banyak patung2 pahlawan rom menghiasi pagarnye. then depan sket, bertembung lak dengan perarakkan kematian. baru tau cengginik rupenye tandu  dorang. same jela buddha kat mana2 pun caranye. berarak dengan baju guni n menanges ramai2. pastu ade pancaragam berarak ke wat untuk sembahyang kot.

ni la rupa tandu mayat siam style.

ni ialah bangunan yang lawa tu


so suhu kul 12pm kat GT ni dah 38darjah selsius. ni dah bukan panas terik dah, ni dipanggil panas perit. hmmm i suka nak tanned2 kan kulit ni pun x tahan. so sampai je tempat tu terus g amek gambo, buat video bagai, cepat2 sebab x sabo nak shopping. hehehe senah joyah sangat kan prangai. so kat sini banyak jual barang dari Laos n Burma. sempat gak sakau Laos Silk 2 pasang. harga RM80 sepasang tapi tawar cam nak rak, dapat RM30. hehe tapi (sentap coz dh smpai umah ukur, 4 ela je. a.k.a 3.3meter je), Burma's jade n 9lucky stoned ring. harga leh tahan la.


penunjuk tanda sempadan

nyopping uol

eh kemain ko senah berposing dekat batu jalan

mercu tanda

im here

very taste with this ring. ade 9lucky stone.

gajah nok!!

these yang i x sempat nak beli


so kat sini ade menyediakan perkhidmatan bot ke Laos, 1 kepala $B100. kalu nak g, boleh je nanti kat laos tu ade tempat shopping tapi oleh kerana orang leher panjang, so x pergi la. kalu x dah bercop laos dah pasport i. sedey. so dorang pun beli air sebab sangat panas. i x berminat sebab ais. kang x pasal sakit tekak tengah hari bute minum ais. kannn. satu nak share kat siam ni, dorang akan jual air sejuk berais dengan konsep: radak penuh2 gelas tu, then baru tuang air. so kalu uol hadap air tu, 3 kali teguk dah abis, tinggal ais je. memang puake kan fiil. ingatkan kat bangkok je, rupenye sampai ke utara sme je style nye.

settle, weol pun bergerak ke kampung Karen Long Neck tribe. so yang menariknye, deme ni je yang wujud kat dunia. penggunaan lengkang tembaga di leher bertujuan  untuk menampakkan keayuan si pemakai. cewah ayat NONA sangat kannnn. nyeksa je negok tapi tu la adatnye. kalu kat malaysia ade gak orang kelabit yang pakai anting2 tembaga gak yang berat sampai melayut cuping telingenye. lagi layut lagi lawo. kalu yang ini, lagi panjang leh taruk ring tu, lagi lawo.

so nak masuk taman perkampungan ni, kena bayo B$300 per head. kalu kampung budaya sarawak or mini malaysia, dorang hanya bekerja berlakon jadi orang kampung situ kan, kalu yang ini, ade 5 puak/tribe yang menghuni terus kampung ni. so dapat la tengok dapur, sistem kubahan etc. hmmm real uol! round 5 kampung ni lebih kurang dalam 1.5km kena jalan kaki. so enjoy video n gambo je la.

salah satu etnic yang menyulam

Tribe dari Perling

ginger torch a.k.a bunga kantan yang dah kembang

mula lah buat prangai! berat uol!!

antara hasil keje tangan

susunan batu  gerbang. x ikat simen pun, kreatif. tringat pura kat bali

see from the back mmg nampak ngeri panjangnye

rupa kampungnye

weh si senah berposing kat belakang. feeling tyra bank la ko!

sinki dorang. bawah tu terus acaq utk itik bersumur

antara satu suku yg menarik. aksesori, bukan orangnye

wire tembaga yang dililit mengikut umur

ni antara warga tua yang asli dari burma

generasi kedua & ketiga. santek la kau! molek no la tu

pic yang menunjukkan how to get the long neck by breaking the tulang bahu

sacred

ni peta kawasan tu.

menenun kiah oi

almost 5kg k

culture show nye

nak jugek

habang2

hasil kraf

yang suku yang cuping bertindik anting2 besar, bila dia tanggalkan, cengginik rupanye

tetap nak ngepoh. abaikan tanagn saloma tu.

minah mexico yang cun ni. abaikan perut belanga tu

pelancong dr jepun


tetap dengan bedak sejuk kat muka, tp yang ni kreatif sket, buat pattern. rambut pun blond minah ni

my fav! color!!!

lawa je lukisan. live? areq


deme ni kalu yang dah modern2 ni lawo, kalu yang tua tu muka sangat batak, sangat asli hutannye. hehehe. so dorang ni ialah etnik asli dari burma. nape burma x promote, sama la isu macam bunga rafflesia, sume hutan asean wujud, cuma malaysia je dh patternkan awal2 kepunyaan. tu yang indon ngamuk bagai nak rak. digelarnye kite malingsia. (maling is pencuri) hanj!!

so kalu surf info kat internet, orang putih ramai yang x setuju dengan taman ni. dorang cakap it is such as human zoo. tp tu la bangang kan, ko kan experience kaum2 ni punya life, g blajo menari, menenun etc. bukan nye ko tengok dorang dalam caged! sengal gak la omputih yang komen kat tripvisor tu. hehe

so ade time2 diorang akan buat culture show. sama je dengan suku semai kat malaysia, sewang guna buloh. ok la kalu omputih tu beria mendengar, weol malaysian just stop by n blah g tgk benda lain yg lagi ok kat rumah2 dorang tu. hehehe


so lepas tu, terus grak g the most trademarked place of chiang rai, iaitu the White temple. specialnye ianya direka dengan rekaan modern + tradisional. bertemakan putih n silver. yang menariknye, element syurga & neraka diterapkan. neraka tu macam2 creature yg ade dorang bikin termasuklah predator. boley? lantak ko la senah, ko yang nyembah. so enjoy the pic of the temple la:

yang x bestnye, bersepah orang2 tempatan melepak dok makan megi la, rojak petis la etc. sebok orang nak hambek pic sebok ko kat situ kannn!

ni la dia keunikkan

ni kreatif wal seram

shuben

hiasan dinding yang i fefeeling kalu rumah besar, leh tepek kat dinding laman. gitu  feeling orang have have.

the gate's guardian

chumel

dari tepi

bersih


puteh puteh barulah puteh

sign topekkong dia.

membesar sebagi johan, restoran kat perling tu. hehe

pelik wal unik



geng ijo

tengkorak ni tetap berkecubung siam




cerminan

people will do anything for their god.





so settle dari chiang rai, weol plan to go back to chiang mai balik sebab we missed chiang mai's night market. so bertolak la kami. yang peliknye, x lalu kawasan gunung hantu semalm tu pun. jalan str8 sampai chaing mai. very the kannnn. sampai, terus check in balik kat buruawong inn & terus amek tuk tuk g kat night market. jarak dalam 1km je tapi biasala, dia bw round dulu. satu kepala kena B$3. boleh la asal merasa.

so terus g cari halal food. banyak. ade satu kedai arab dia promote mcm2. weol tanya nasi beriani berapa harga, dia sebok nak promote yg depan2 menu tu sbb nasi beriani kat blkg2 menu. so terus je blah x kose nak layan falafel bagai, orang dah lapo nasik. mlayu sangat kan. hehehe

so makan la kat kedai adik2 siam. boleh la sbb ade tom yam. sekali rasa, hmmmm x macam expectation. weol expect macam kat selatan punya rasa. masam pedas. tp sebab lapo n sejuk, radak!. pic x de sbb masa ni tab cam haram sket prangainye.

so nyopping g cari magnet tp mahal, satu yang bodoh2 3pc rm10 tu, kat sini 1pc B$120. hanjeng kannnn so x beli pun. cari la ade orang kirim singlet cap beer thailand. chang beer & singah beer. duit pun x de sangat so lebih banyak menengok dari membeli.

ade satu kedai shawl tu macam kelako gak dgn aunty ni. dah tawar harga elok guna kalkulator, prob occur bila nak mintak kaler lain. puas la speaking dia x paham kaler white. bila tunjuk gigi dia gelak. aku tangan jugak ko senah! ye la, kedai tu sume kaler2. i pulek amit2 mintak kaler putih. so dia cakap siam, i cakap melayu je la. carut punya carut, dapat gak. penat je i blajo english dari kecik. hehe

then i teman aqil g urut. i took man masseur buat foot-back-shoulder just B$100 je. dalam rm12 je. masa ni dah kul 1145malam. start je i dah x minat sebab biasa kalu g urut kat thai ni, especially kaki, dorang akan rendam kaki kita dengan air suam, cuci2 kan then keringkan baru urut. yang ni datang2 bw towel basah n kesat2 psatu terus urut. very the.

nama dia porn. orang laos. mula2 picit2, pastu tetibe dia riba kaki i yang besar ittew, then dia urut pakai siku. menggelitat jugak la kan kekdahnye. so berasa jugak la sebab selalu kalu pompuan urut, picit2 je x rasa. i ni kayu balak, kena habang2 la baru berasa. hehe

settle urut kaki, biasanye kita ngensot sikit ke depan nnt dia urut belakang tapi yang ni lain pulak, dia ajak pergi ke tempat pembaringan. so pegi je la. dia suh meniarap, mula2 dia guna lutut dia urut belakang kaki i, then dia dah mula lipat melipat buat thai masage. i cakap la pakej i amek yg biasa2 je, dia kat "don't worry, tonite no people so i give u extra while waiting for ur nephew. no extra charge". ha lantak, yg penting harga sama. tetibe dia boleh naik pijak atas badan i, turun pijak atas peha n betis. tau la kaki i besar, agak2 la ko tu bukannye ringan , badan dia kecik je ala2 dafi, kurus je tapi berat, hmmm. bayangkan dia pijak guna 2 kaki tanpa ade pegang mana2, atas sebelah betis i. tahan je la sbb tau it will legakan lenguh kannn.

then dia suh "please remove your belt". ko nak buat ape? "don't worry, for ur hip" lantak. so dia pun menggayakan urutan ala melenggang perut. nyaman jugak la sebab ilang lenguh sebab berat ngusung perut kesana-kemari. then dia suh telentang & said "unzip ur pants please". bagai dipukau, terus je i bukak buckle n unzip seluar. dia pun melorotkan seluar i half punggung (seb bek la pakai boxer kerawang yang cantek. ;p), then dia gosok2 kat pusat, makin lama makin turun ke ari2 terus seluk and........

sambung..... stim lettew baca!

Tuesday, March 3, 2015

Road trip Utara Thai (Chiang Mai - Mae Hong Son - Chiang Rai) day 3

Day 3
kejakunan melihat glass tray ni. hehee
morning uol. so arini rasa segar sket walaupun dah 1500km berjalan sebab rahsia pohon cemara!!! hehehe. ni sume penangan Ma'jun Pak Kayat sri skudai. mmg power. tah bp gantang steroid agaknye dalam 2 capsule tu. bangun tido x rasa pape, macam daily routin je badan ni ringan jew.!

so check out & terus g cari halal food to breakfast. jalan3 terjumpe kedai halal ni, kedai etnik rohingya. islam la kannn. orangnye macam mamak2 sket. makan roti canai je. kedai ni berhadapan dengan Farook Hotel, Chiang Mai. sejuk pagi ni, mulut berasap bagai. so settle makan, weol terus meneruskan ke hala tuju utama dalam trip ni iaitu ke MAe Hong Son, the 1000 corner.

glass holder yang menarik

ni je la untuk sarap


sedikit info mengenai jalan ni, ianya ialah laluan wajib kalu seseorang itu nak mendapat title 'bikers kental wal nan hado palehetek'. ops... hehehe sekitar 200km tapi dengan bentuk jalan macam bukit putus, negeri sembilan yg dh x de lagi tu ha. so ko bayangkanlah 200km. bukit putus tu 20km orang dah macam nak mati, ni dah 14x kali mati, hidup balik pun x sampai2 lagi. siap ade death corner la macam2. so kita tgk video sket ye.


 pagi2 ceria je kannn. pastu 3 4 kali muntah, hambek ko.. hahaha. so perjalanan diteruskan sampai berjumpa macam2 tempat. ape yang pasti, hutan kat sini sume kaler merah sebab tengah musim panas, suhu amat panas lebih dari 40darjah selsius, so boleh dikatakan setiap 50km akan bertembung dengan hutan yang tengah terbako. bagi driver, mmg syok la depa dok corner baring terlentang bagai, weol yg penumpang ni yg hazab coz nak ngeraskan badan nak adjust balik ngikut selekoh tu. anyway, its a good new experience.

tengah2 perjalanan, ade orang jual strawberry. masyaAllah, manis gile. so beli la buat kudap2.

tanam stroberi kat tanah je, kalu kt cameron beria buat para bagai kan, masam gak. hehee

jus strawberry n oren

satu pek ni 1/2kg B$100

merah itu ghairah!!, pastu muntah. hehe
so perjalanan diteruskan. rupanya, kat kawasan pergunungan ni (sempadan thai - burma) terdapat satu kawasan pelancongan tanah tinggi macam Cameron Highland, bernama PAI. so tempat cantik dan sejuk. waktu siang terik tp angin sejuk, malam mmg sejuk giloz. so weol stop kat Friendship Memorial Bridge, dah nak masuk pekan Pai ni.ok la, view sangat cantik!! so ape lagi, sesi menyelfie & bervideografi pun bermula. hehehe.


beria si faiz berposing dengan ketenye. hehe


ramai gak la yang singgah amek pic. jambatan yg sekarang yg kiri tu, yg ni jambatan lama

really love the scenery. damai


nyopping baju. murah tshirt with good quality just B$120 a.k.a dalam RM13. size masyuk,

terus pakai kannn tshirt baru. hehe. macam makin selambak je nampak kannn. hehehe bertetek aeh?

so jalan punya jalan setelah hampir 2.5jam, weol dah start berada di puncak gunung. jalan weol kiri & kanan ialah gaung, which means, weol berade di rabung a.k.a puncak banjaran. so most of the jalan ialah di rabung. so sebelah kanan ialah burma, sebelah kirai ialah thailand. fyi, along the 1000 corner ni, ade lebih kurang 4-5 check pint yang kita kene brenti. mcam road block la gitu. tp x de pape, mungkin isu2 keselamatan je la kot. nak tau beza tulisan siam kurus2 tulisan burma lebar2 bulat2. sama buruk mcm kerawit. haha

so tibe pada satu point, ade tempat stop. mmg nice view. dia siap sediakan pangkin2 rehat, ade toilet & ade benchmark yang menandakan kawasan etc. so kat sini, trun je, terus ade anak orang etnik pedalaman, terus peluk i. sangat comel i pada masa tu. hehehe. budak tu la yang comel kekdahnye. so peluk2 x nak lepas then i selfie sket dengan budak tu. bg la duit syiling siam yg entah brape tah. seluk n bagi je. penuh jugakla 2tangan budak tu. riak kekwat kannn.

budak etnik burma

belakang sana tu burma

brader2 motor dari selangor. bikerz sama bikers berbual tanya jauh lagi x tempat yang kami tuju tu. ye la takut sampai nanti tempat keluar sijil dah tutup lak. kempunan la sbb sijil is the main utama nyeksa diri ke utara ni. hehe


sebelah sanan is thailand. suka lettew!!


so dah settle merembak, perjalanan diteruskan. lepas dari kawasan rehat ni, jalan nye dah mula menurun bukit dengan selekoh yang tajam bertemu di persimpangan dilema, then siap ade sign 'death corner', siapa ade signboard pic2 kemalangan yeng pernah terjadi disni. very the kan, macam2 jenis, ade bas terbalik la, ade kete terjun gaung etc. mmg pundek sbb selekohnye sangat maut wal seriau toksah cakap. kecut sume lobang yang hado

rupa hutan gunung yang kering
antara selekoh maut, dorang akan bina devider batu cenggitu, kalu x pokok2 je
pintu gerbang ke pekan mae hong son


pekan maehong son

pekan mae hong son


so jalan sampai di pekan Mae Hong Son kul 430pm waktu tempatan. beterik g cari pusat yang mengeluarkan sijil tu, at last jumpe gak. so pergi la anu sijil, then dia suh tinggalkan trademark kat dinding pejabat dia. most yang ade ialah bikers malaysia, yang tinggalkan stiker kelab motor dorang kt sini. weol mana ade stiker bagai, so sign je la, tulis KAT Skudai was here. hehehe.

sign oi jgn x sign
ni la rupa sijilnye. saya sudah ade, anda bagaimana? kata bikerz, i yang penari istana ni pun dh ade ok? haha

'mak kat sini nok' kannnn

cantik babi ni dibikin ala2 sosej. bau panggangan mnusuk sangat. babi sangat


lawa pokok ni.

yg belakang sana tu opis tempat amek sijil tu
pejabatnye. sijil tu $40

so settle amek sijil, weol terus pegi ke satu wat kat atas bukit. wat kecheporn bak kata faiz kepada nurin. hehehe sukati la nak. special pekan mae hong son ni, ianya terletak di lurah dan dikelilingi oleh banjaran2 puncak gunung. sebijik macam kat tibet. gitew! so enjoy the video!!


wat phratat ni terletak kt puncak bukit atas tu

kesenian perak / timah khas berada di utara thai. kalu kat selatan banyak emas n merah, sini putih n silver

vieew from wat atas bukit tu

utara thai kurang kecubung, banyak style ginik.

pokok hajat. hmmm syirik sangat kannn. hehe


tetibe bunyik keroncong si endang endong dari perut yang gendut ittew. ye la bayngkanlah pagi tadi just makan rotcan je, then jalan bengkang-bengkok, radak strawberry keluar strawberry. sampai tgk org jual2 babi bagai kt depan opis sijil tu.

so just jumpe 1 je kedai halal. tu pun dia just tumpang je kat depan kedai orang. jual mee2 sup2 je. radak je la kannnn. hahaha. kita mintak nasi pun dia kata x de. so nak dijadikan cite, tengah syok2 makan ni, datangla satu couple tua ni makan sebelah meja. yg jantan mat saleh, yg tino tu tino siam tua rambut paras pinggang. klaz mak senah bergaya ye. hehehe.

food dorang sampai ialah nasi, siap dalam mangkuk tikar lagi. agak nyirap gak la, kita nak order x de, org order ade. then datang lauk, sume senyap. dia makan hot dog babi. bebola n daging what so ever la kan. sama mcm kat depan opis tadi. kak fiza muka dah lain macam. i n faiz lantak kan je la sbb kalu kat msia pun sama je, cine makan babi sepah2. hehhe.

kerisauan kak fiza x sampai situ je. dia stop makan n dok perati couple tu. then dia senyum n sambung makan balik. bila tanya nape? dia bgtau " oooo x pe x risau. akak dah perati, pinggan mangkuk n sudu garfu dorang lain dari yg jual mee ni. so kita makan pinggan asing. x risau. makan. radak

macam laksa singapore pun ade rasanye. x pedas tp masam n bersusu cair. agak yuck la tapi radak!


lepas makan , ronda2 pekan tu. kalu x, kalu ikut tentatif asal, weol akan bermalam kat sini tp sebab mcm x de pape yg menarik, weol decide terus ke chiang rai malam tu jugak. at least, sok pagi bangun dh jimat waktu perjalann. gitu. faiz kata dia ok, so radak.

wat daerah mae hong son, kat tengah town ni.

kete plate china, yunnan

all over the town banyak bunga2. sebab tempt ni sejuk siang malam coz kt lembah kannn. nice
so weol bertolak kul 750pm waktu tempatan. radak balik jalan yang siang tadi lalu. mampos sangat kan perangai. faiz enjoy la. hehehe. so i terlelap jap. wake dh 2 jam berjalan, then i realize that hutan kat situ x de bunyik pape. unggas ke, serangga ke hape ke x de. sunyi. kitorang bukak tingkap sbb suhu 14darjah selsius. very the sejuk n best!!! tetibe kat satu selekoh, ade bunyik macam uuuuuuuuuukkkkk~~~ uuuuuuuuuukkkkk~~~ uuuuuuuuuukkkkk~~~ uuuuuuuuuukkkkk~~~. i buat dono je la, terus naikkan tingkap n berbual dgn pais. berdiri segala bulu. lurus! seram gak.

then weol sampai di pekan Pai. mmg happening. siap ade pasar malam lagik. best gile. then baru nampak cahaya lampu banyak sangat dalam hutan2 kat area peka pai tu. which means, banyak la resot area situ sbb lampu berbentu pagar yg luas, n warna warni. lawa2 gitu. so sampai bawah area chiang mai, dalam kul 1230am. tuang minyak n terus bergerak ke chiang rai.

GPS Cygic agak celaka jugak la, bawa masuk redah  belakang rumah orang la, lalu kolam ikan la, kandang babi la sume redah sbb nak route yang dekat. hanjeng sangat!! seb baik x kena plangkong dengan orang kampung malam 2 buta msuk lalu belakang rumah orang. hehe so gerak gak. ade la skali stop kat 7E satu pekan. masuk je dalam kedai ade aircond tapi lagi sejuk suhu kat luar. very the!!! nak tumpang kencing, bila tanya toilet, x paham. amek jari telunjuk taruk kat kote, pastu buat bunyik shiiiiiuuiiiiiii, baru paham. ooo then tunjuk pintu belakang. lantak la nak, yang penting mak kencuaris!

pekan tah ape tah wujud ditengah2 perjalanan chiang mai - chiang rai ntah ade ke tidak siang hari x tau la. hehe

pekan tah ape tah wujud ditengah2 perjalanan chiang mai - chiang rai ntah ade ke tidak siang hari x tau la. hehe

pekan tah ape tah wujud ditengah2 perjalanan chiang mai - chiang rai ntah ade ke tidak siang hari x tau la. hehe

suhu otw tu. very the kan sebab kawasan gunung

so GPS bawak weol jalan bergunung ganang ala2 mcm nak ke mae hong son tu. seram gak sebab x de kete lalu pun. gunung2 and nampak jugak la jalan tu macam bekas tanah runtuh, dibina semula. jam lebih kurang pukul 130am. heran gak rasa chiang rai ni bandar besar, x kan xde kete jalan malam kan? hmmm sesuatu. bulu dah semakin lurus. sejuk. hehe

bila tanya faiz, dia kata ok lagi. x ngantuk walau matanya terkulat2 kelat. tgk blkang sume membute. ye la penat kot menahan badan kt selekoh2 tajam tu kan, dari  pagi sampai petang sampai malam lak sambung lagi ni ha. so ape yang dapat dipelajari is kalu naik puncak gunung, suhu makin panas sikit. cth kat puncak satu bukit, suhu 15darjah selsius. bila turun ke lembah suhu turun sampai 12darjah. menarik. malam pekat n sunyi

borak punya borak tiba kat satu selekoh, faiz yang tengah borak rancak terus diam. i tengok depan ade korner tajam, depan sikit tu kawasan bukit yang baru dibaikpulih selepas tanah runtuh & i nampak ade susuk seorang perempuan baju putih berkirai2 terus melekat kat.......................

bersambung